Angin Sepoi Bahasa

Bayu angin berlabuh di pesisir pantai,
Menghembuskan sedikit kehangatannya pada tubuh ini,
Seketika diri ini melayang sejenak,
Memikirkan diri ini yang seringkali melakukan sesuatu di luar dugaan.

Dapatkah aku berubah seperti dahulu??
Dapatkah aku melihat kembali masa silam aku??
Dapatkan aku melangkau anjakan paradigma??
Dapatkah aku melawan kehendak serta takdir tuhan??

Tidak sama sekali!!
Aku hanya manusia biasa,
Yang seringkali berhadapan dengan masalah silam,
Yang seringkali menyalahkan diri sendiri,

Aku mulai sedar pabila dia menyedarkan aku,
Tapi suara-suara di sekitar aku seakan-akan memerli aku,
Aku bingung,
Aku runsing,
Tetapi Aku hanya diam temanggu sebentar.

Angin sepoi bahasa.

1 comments:

hany ahmad said...

byk bermain dgn fantasi dan memikirkan masa lampau yg dah lama jauh tertinggal di belakang di sudut kecil itu ya?

pandang depan semula,
kemaskini semuanya,
untuk yang terbaik buat kamu dan semua.

jaa, hebak mu hebak. =)